"Habib Qamal"
Aku mencium tangan ibu. Sekali lagi ibu berjaya menyelesaikan masalahku. Betul . Perkataan itu yang aku cari–cari. Nama itu memang cocok sekali dengan perwatakannya yang aku analisis dalam waktu yang singkat cuma.
Esoknya aku ke sekolah dengan hati yang girang. Aku berdiri di hadapan kelas Enam Neptune. Entah mengapa aku berdiri di situ, aku pun tidak tahu. Aku mencari- cari kelibatnya namun tak kelihatan. Mungkin dia datang lewat lagi. Semakin ramai pelajar yang datang. Aku jadi malu juga kerana beberapa mata memerhatikan aku.
" Cari siapa dik? " satu suara menyapaku.
" Hmm.. dalam kelas ni ada tak pelajar yang nama Habib Qamal?"
" Habib Qamal tak ada tapi Qamal Habib ada. Kenapa? Adik nak cari dia ke?"
Aku angguk-angguk. Memang dialah yang aku cari.
" Sekarang ni mungkin dia tak masuk lagi. Sekejap lagi dia masuklah. Dia selalunya akan bertugas di pagar sekolah. Adik ni yang salah kelas semalam tu kan?" Balqis, nama yang aku baca dari tanda nama yang dipakainya bertanya. Aku malu kalau disebut lagi soal semalam. Aku hanya tersenyum.
" Tak pela. Terima kasih," aku pergi. Agak kecewa kerana pencarianku belum ketemu.
Keadaan agak asing bagiku. Sekolah ini majoritinya pelajar melayu. Tetapi peratusan kecilnya kaum lain. Aku tidak biasa dengan persekitaran ini. Di sekolah lamaku semuanya pelajar melayu. Tetapi bagus juga sekolah ini, aku dapat rasakan semangat muhibbah yang lahir dalam setiap pelajar. Aku juga dapat melihat persaingan yang wujud untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Bukan seperti di sekolah lamaku, kebanyakkan pelajarnya main-main kerana tiada semangat untuk bersaing dalam pelajaran. Hanya pandai bersaing dalam merebut cinta. Cinta monyet yang tak berkesudahan.
Aku berjalan menuju ke kantin. Jauh juga kantinnya. Aku sebenarnya tidak begitu suka makan semasa waktu rehat kerana waktu rehat yang singkat membuatkan aku jadi terburu-buru untuk ke kelas kembali. Tapi, biarlah aku ubah perangaiku itu di sekolah ini.
" Cari abang ke tadi?"
" Ha?" terkejut aku bila disapa dengan pertanyaan seperti itu.
" Nurul cari abang ke tadi. Maaflah, abang bertugas jaga pagar. Sekolah ni kalau tak dijaga, makin ramailah yang datang lewat"
" Orang dah tahu siapa nama. Qamal Habib kan" apa kena dengan aku ni. Sepatutnya aku cakap lain tapi sebut pasal nama pulak. Mabuk ke apa aku ni.
" Mana tahu ni. Siapa cakap?" dia mengenyitkan mata. Entah apa maksudnya aku sendiri tidak tahu. Dia sekadar tersenyum. Aku melihat tanda namanya. Memang namanya Qamal Habib. Kenapalah aku tak tengok tanda nama dia semalam..
" Betullah tu. Semalam Nurul cakap pilih nama yang baik untuk anak supaya anak jadi sebaik nama yang diberikan kan. Hari ni biar abang pulak yang keluarkan hadis. Boleh?"
" Ok" nampaknya lelaki ini mudah mesra. Aku jadi selesa begini walaupun aku tidak biasa apabila dia membahasakan dirinya ’abang’. Biarlah... Dia punya hak untuk berkata apa sahaja. Memang umurnya lebih tua dariku. Tapi mungkin tua beberapa bulan sahaja.
" Ok. Dengar ni. Sabda Rasululuah SAW : " Di antara kewajipan ayah kepada anaknya ialah mendidiknya baik- baik dan memberi nama yang baik." Berdasarkan hadis ni, jelaslah bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad seharusnya memilih nama yang baik kepada anak serta mendidiknya dengan ajaran Islam dengan sebaik mungkin. Betul tak?"
" Betul sangatlah tu. Ni mesti dah cari semua kitab kat rumah. Kan.."
" Hahaha," berderai ketawanya mencecah kuping telingaku.
" Tu dah tahap hina abang. Abang memang tahu la hadis tu."
" Kalau macam tu, bagi sebab kenapa ibu dan ayah bagi nama Qamal Habib," aku mencabarnya.
" Nak tahu sebabnya. Sebab nak jadi kekasih yang sempurna kepada Nurul la. Nak?"
Lelaki ini memang pandai menutur kata sehingga aku sendiri terjerat dengan bicaranya. Bukan aku perasan, cuma aku aku tidak biasa dengan kata-kata seperti itu.
" Marah ke abang cakap macam tu?"
" Tak de la,"
" Habis tu Nurul setuju la kan?"
" Setuju apa?"
" Jadi kekasih abang," sekali lagi dia mengenyitkan mata kepadaku.
Aduh hati..kenapa kau berdegup kencang ni. Dia cuma main-main. Jangan jatuh hati pada dia. Nurul Qolbi, kau masih tak kenal dia. Entah-entah dia ni kasanova. Suka permainkan perempuan. Entah dah berapa puluh orang yang dia pernah cakap macam ni. Ingat tujuan sebenar kau datang sekolah ni. Bukan untuk bercinta tapi untuk belajar.
" Orang tanya kenapa ibu dan ayah bagi nama Qamal Habib." Sengaja aku tegaskan kata-kataku. Aku tidak mahu lemas dalam mainan kata-katanya yang manis dan senyumannya yang menggoda.
" Ye la. Abang jawab betul-betul. Nama abang, Nurul dah tahu kan. Maksudnya kekasih yang sempura. Abang tak pandaila nak terangkan macam Nurul semalam. Nama abang ni ibu dan ayah pilih supaya abang menjadi insan yang punya hati dan perasaan yang baik kepada semua orang. Supaya abang menjadi kekasih yang sempurna bukan hanya kepada perempuan yang abang cintai tetapi juga kepada ALLAH yang mencipta abang. Juga kepada keluarga yang sentiasa menyayangi abang. Semoga abang akan bertemu dengan cahaya hati yang boleh menjadi pendamping sepanjang hidup abang yang dah tak lama ni,"
" Pandainya dia bercakap. Macam nak bersyarah," aku terpaku mendengar kata-katanya yang matang. Memang layak untuk menjadi seorang kekasih yang sempurna.
" Nurul, abang nak pergi pusat sumber. Nurul nak pergi mana ni," sudah bercakap banyak-banyak baru nak tanya aku nak pergi mana.
" Orang nak pergi kantin,"
" Kenapa tak cakap. Kantin dah terlepas. Nurul tahu ke kat mana kantin?"
" Hehe. Tak tahu," aku gelak. Memang aku tidak tahu tapi malu pula mahu bertanya. Sekarang baru betul bak kata pepatah ‘ malu bertanya sesat jalan’. Aku dah tersalah jalan untuk ke kantin.
" Tak pela. Abang tunjukkan. Lain kali kalau tak tahu tanya. Jangan diam dan layan apa abang cakap. Abang ni kalau dah bercakap memang payah nak berhenti." Dia menunjukkan jalan ke arah kantin.
" Terima kasih"
" Nurul, jangan lupa soalan abang tadi tau" dia terus pergi. Sekali lagi aku ditinggalkan dengan pertanyaan tanpa jawapan. Lelaki ini memang suka membiarkan aku dalam tanda tanya.
Beberapa lama kami berkawan, barulah aku berani memanggilnya abang. Aku tidak biasa dengan panggilan itu. Aku tidak mempunyai abang. Jadi panggilan itu memang jarang sekali aku gunakan.
Selama perkenalan aku dengan Qamal, aku dapat rasakan sebuah kebahagiaan yang indah sekali. Namun tidak pernah sekali pun aku nyatakan padanya tentang perasaanku. Aku sekadar baik dengannya dan berbicara hanya tentang perkara biasa-biasa sahaja. Aku tak pernah berasa begitu dihargai. Setiap hari, dia akan memberikan aku buah epal. Dia akan datang awal dan meletakkan buah epal di bawah mejaku. Mulanya aku takut juga untuk memakan epal itu. Aku ceritakan perihal epal itu kepada Qamal, dan ternyata dia hanya ketawa padaku. Dia katakan bahawa epal itu datangnya dari seorang putera yang inginkan aku. Setelah dia merapu dengan berbagai-bagai cerita, barulah dia mengaku bahawa dialah yang setiap hari meletakkan epal di bawah mejaku. Qamal memang suka mempermainkan aku. Apabila aku serius, dia akan bergurau lantas membuatkan aku tertawa. Tapi, apabila dia serius membincangkan sesuatu hal, aku sendiri tidak berani untuk berkata apa-apa. Memang pantaslah jika dia dilantik menjadi ketua murid. Pernah aku membandingkan diriku yang hanya pelajar baru di Sekolah Menegah Seri Menanti dan tidak layak berdampingan dengannya, dia sekadar tersenyum. Lantas dia tegaskan padaku semua perkara itu tidak penting. Katanya dia sanggup meletakkan jawatannya sebagai ketua murid jika dengan cara itu aku akan sudi berkawan dengannya. Aku cabar dia. Namun dia sebenarnya tidak berani melakukan semua itu. Katanya, dia hanya akan lakukannya andai kau sanggup mengaku di hadapan perhimpunan bahawa akulah kekasihnya. Gila. Takkan aku lakukan perkara sebodoh itu.
Tiap kali aku teringat kejadian itu, pasti bibirku menguntum senyum. Qamal.. aku terlalu rindukan dirimu.
Pernah aku fikirkan semua perasaan ini hanya sementara. Semuanya hanya dorongan nafsu remaja. Sekadar mainan hati yang hanya ingin mencuba. Seperti yang aku sering dengar. Semasa usia remaja, semuanya nampak indah. Darah muda yang inginkan kelainan. Itulah sebabnya seringkali perkara negatif yang terjadi dewasa ini dikaitkan dengan perilaku remaja. Mohon aku dijauhkan dari anasir-anasir sedemikian rupa. Juga aku memohon agar perasaanku pada Qamal adalah benar dan bukan main-main.
.......Bersambung......
No comments:
Post a Comment